Wednesday, 11 July 2012

j.a.d.i.d.i.r.i.s.e.n.d.i.r.i


This is real, this is me

I'm exactly where I'm supposed to be now

Gonna let the light, 
shine on me

Now I found, who I am

Theres no way 
to hold it in

No more hiding who 
I wanna be

This is me......

Tuesday, 10 July 2012


Refleksi minggu 2

Selamat bersua kembali dalam refleksi minggu yang ke2..        J

Kali ini, kuliah KE membincangkan tentang “PASSION”…  hehee..
 Hmmm.. Apa yang saya peroleh pada interaksi kali ini?? .. sudah semestinya banyak input dan perbincangan yang menarik dalam matapelajaran ini..  sebut sahaja pasal KE.. sudah terlintas di fikiran bahawa subjek ini sangat menarik untuk dipelajari dan didalami.. biasanya subjek seperti ini sering dikaitkan dengan kehidupan.. malah HIDUP dan EMOSI tidak dapat dipisahkan .. ibarat “ISI DAN KUKU”.. “SEIRING DAN SEJALAN” J

Baiklah.. kata 0rang, TAK KENAL MAKA TAK CINTA…  oleh itu.. interaksi kali ini salah satu aktiviti yang dijalankan untuk mengenali diri sendiri..  persoalannya ialah… apakah perkara yang dilakukan memberi kepuasan kepada diri kita sendiri ??? ..  pada saya, perkara yang saya lakukan dan memberi kepuasan kepada diri saya sendiri ialah dengan menyanyi dan berangan … hihii.. walaupun suara tidak sesedap artis rakaman, tetapi saya puas jika dapat menyanyi dan menghayati setiap bait-bait yang diungkapkan.. bagi saya, secara tidak langsung.. saya dapat menenangkan diri saya…  saya juga sangat suka berangan ..  ..  ketika saya berangan.. saya akan cuba memikirkan tentang diri saya dan berangan.. saya masih ingat lagi kata-kata puan ketika SEM1 dahulu.. katanya.. kejayaan bermula dengan impian.. khayalan membina impian dan itulah yang saya lakukan.. jika kita memiliki impian.. kita akan berusaha untuk mencapainyaaa.. permulaan awal satu kejayaaann itu ialah “angan-angan” … yaaa .. saya masih ingat lagi…  dan berangan merupakan “PASSION” saya…  J hahaha


Nampaknya.. pada interaksi kali ini.. itu sajalah yang saya dapat tulis … itulah reflksi saya..   sekian terima kasih… 

refleksi (minggu 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. J hai semua…

  ini merupakan ‘post’ saya yang pertama .. saya berasa sangat berbesar hati dan sangat senang membuat refleksi tentang subjek KE yang memberi peluang kepada kami untuk membuat refleksi pada setiap minggu tentang input yang diperoleh sepajang kelas ataupun kuliah yang telah dijalankan..

Pada minggu yang  pertama, kami telah diperkenalkan dengan ‘ apa itu Emosi ?? ”… “apa itu intelek ?? “ dan “apa yang dimaksudkan dengan kecerdasan spiritual??”…  emosi oh emosi .. sesungguhnya emosi merupakan satu perkara yang menguji kita dan memberi kita kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian.. kita mestilah bijak “bermain dengan emosi” … emosi ialah penyatu.. emosi jugalah menjadi pemisah ..

Pada amnya, EMOSI dilihat sebagai respon asas manusia. Emosi asas seperti kemarahan, kesedihan, ketakukan, dan keseronokan, kasih sayang, dan rasa malu adalah dibina dalam DNA kita sebagai bentuk  respon-respon neurobiologikal kimia. Kesemua perasaan ini wujud atas dasar adanya emosi didalam diri manusia… organ terpenting dalam kecerdasan emosi ini tidak lain dan tidak byukan ialah OTAK..  otak ialah organ yang akan memproses perasaan dan menyebabkan timbulnya pelbagai perasaan seperti yang telah dinyatakan tadi… sebagai individu yang menginginkan kehidupan yang aman dan sejahtera, kita mestilah bijak menyesuaikan emosi kita dengan keadaan. Sebagai contoh yang paling ketara.. kita dapat melihat pada kehidupan individu yang bergelar “artis”.. pada saya, mereka merupakan golongan yang sangat kuat dalam mengendalikan emosi.. mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan.. tetapi individu ini tetap mengawal apa yang terbuku di hati mereka. Kadangkala, kita tidak perlu menunjukkan apa yang kita rasakan demi kebaikan diri sendiri dan juga oran lain. Inilah yang dipelajari dalam kelas KE yang lepas iaitu cara mengendalikan emosi dengan baik.. J J

Baiklah, seterusnya… kita beralih pula kepada Kecerdasan INTELEK .. intelek merupakan salah satu aspek potensi yang terdapat dalam diri manusia… kecerdasan intelek juga merupakan hasil keupayaan memproses maklumat kognitif oleh otak manusia.. kecerdasan intelek ini menjadi penentu kejayaan hidup.. namun yang demikian , kecerdasa intelek perlu diselaraskan dengan kecerdasa emosi.. intelek dan emosi perlu berjalan seiring untuk melengkapkan kejayaan yang hendak diperolah.. walaupun seseorang individu itu memiliki tahap kecerdasan intelek yang tinggi, namun… jika dia tidak tahu bagaimana mengendalikan emosinya..  kejayaan yang diperolah seperti tidak member makna dan kepuasan kepada dirinya sendiri…

Dalam kecerdasan SPIRITUAL pula menjadi pokok persoalan tentand diri kita … siapa saya sebenarnya…. Subjek KE secara perlahan-lahan akan merungkaikan siapa kita yang sebenarnya.. apa yang kita rasa.. dan apa yang sepatutnya saya lakukan… dengan kata lain … siapa saya?? Apa yang saya fikir?? Dan … apa yang saya rasa … semua ini akan kita pelajari dalam subjek kecerdasan emosi… oleh itu,, kita sama-samalah nantikan pada sesi interaksi yang  seterusnyaaa J J J..  terima kasihh …